As an Amazon Associate I earn from qualifying purchases.

Dijangka 100k kenderaan asing dari S’pura daftar VEP mulai 1 Okt, 11,435 permohonan dalam proses – Loke – paultan.org

Dijangka 100k kenderaan asing dari S’pura daftar VEP mulai 1 Okt, 11,435 permohonan dalam proses – Loke – paultan.org


Dijangkakan sebanyak 80,000 hingga 100,000 kenderaan asing dari Singapura akan mendaftar Permit Masuk Kenderaan (VEP) menjelang penguatkuasaannya pada 1 Oktober ini, menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Katanya, sejak pengumuman kerajaan mewajibkan semua kenderaan asing dari Singapura mempunyai VEP mulai 1 Oktober depan, pendaftaran permit itu meningkat berkali ganda, laporan Berita Harian.

Loke turut berkata, kerajaan sudah mengarahkan syarikat vendor VEP supaya mengambil lebih ramai kakitangan selain melanjutkan masa operasi harian, susulan jangkaan peningkatan mendadak permohonan VEP dalam tempoh dua bulan ini.

“Sebanyak 58,791 permohonan VEP dari pemilik kenderaan asing Singapura diterima menerusi kaunter syarikat vendor mahu pun di portal antara 28 Mei hingga semalam. Bagaimanapun, 40% daripada permohonan itu atau pun sebanyak 24,104 adalah permohonan tidak lengkap kerana tidak disertakan dokumen diperlukan iaitu salinan sijil premium insurans, sijil pemilikan kereta dan kad pengenalan pemohon.

Dijangka 100k kenderaan asing dari S’pura daftar VEP mulai 1 Okt, 11,435 permohonan dalam proses – Loke

“Setakat ini, 19,640 permohonan VEP telah diselesaikan sepenuhnya dengan tag VEP telah diambil pemohon sama ada mereka datang sendiri ke pusat vendor atau menerusi pos. Sebanyak 11,435 permohonan VEP lagi sedang dalam proses untuk disiapkan,” katanya ketika menghadiri taklimat di pusat vendor VEP di Danga Bay sebelum meninjau cara ia dipasang pada kenderaan asing Singapura.

Sebelum ini, beliau telah mengumumkan VEP akan dikuatkuasakan untuk pintu masuk di kedua-dua kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan di Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura. Ia bertujuan memastikan semua pengguna jalan raya termasuk kenderaan asing mematuhi sepenuhnya peraturan jalan raya di Malaysia, selain pemantauan keselamatan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

“Dalam tempoh dua bulan berbaki sebelum 1 Oktober ini, kita mahu meningkatkan pendaftaran VEP terlebih dahulu. SOP penguatkuasaan lain termasuk tindakan terhadap kenderaan asing Singapura yang masuk negara ini tanpa VEP, akan diumumkan 1 Oktober nanti. SOP dan kaedahnya sudah ada, cuma kita tunggu 1 Oktober nanti,” katanya sambil menambah sebelum ini hanya sebanyak 10 hingga 15% kenderaan asing Singapura yang mendaftar VEP.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.





Source link

Dijangka 100k kenderaan asing dari S’pura daftar VEP mulai 1 Okt, 11,435 permohonan dalam proses – Loke – paultan.org
Dijangka 100k kenderaan asing dari S’pura daftar VEP mulai 1 Okt, 11,435 permohonan dalam proses – Loke – paultan.org

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Tahanot
Logo
Shopping cart